Desas-desus mengenai ketiadaan ketua jurulatih, Zainal Abidin Hassan, bersama Melaka United bagi saingan Liga Malaysia musim 2022 semakin bertiup kencang.
Ia berlaku pada ketika ramai pemain memilih untuk kekal bersama pasukan itu atas jaminan daripada pihak pengurusan bahawa pengendali itu akan terus mengemudi pasukan Hang Tuah berkenaan.
Pemain veteran Melaka United, Razman Roslan, tampil bersuara sebagai mengingatkan bahawa ramai rakan sepasukannya menolak tawaran daripada kelab lain hanya untuk terus bersama Zainal Abidin bagi musim ini.
Tambahnya, pemain Melaka United tetap memberikan yang terbaik sehingga layak ke separuh akhir Piala Malaysia musim lalu dalam keadaan tidak bergaji hanya kerana wibawa jurulatih berusia 61 tahun itu.
Dalam satu temu bual bersama wartawan Nadi Arena, Fina Nasrom, Razman berkata: "Apa yang saya difahamkan, dalam masa terdekat ini, pihak pengurusan akan mengumumkan nama ketua jurulatih dan senarai pemain yang akan mewakili pasukan Melaka United bagi musim 2022 ini.
"Saya pun tidak pasti apa keputusan daripada pihak pengurusan tetapi apa yang pasti, kebanyakan pemain yang menyambung kontrak bersama Melaka United difahamkan bahawa Zainal masih lagi akan menjadi jurulatih.
"Jadi, ia menjadi sebab ramai pemain menolak banyak tawaran pasukan lain untuk bersama Melaka United.
"Tetapi sehingga ke saat ini, kami masih tidak tahu siapa yang akan menjadi ketua jurulatih, jadi ia sedikit-sebanyak menjadi tanda tanya dan persoalan buat pemain," katanya.
Ditanya reaksi pemain seandainya Zainal Abidin tidak lagi akan bersama pasukan itu, Razman menambah: "Bagi saya, tiada masalah sebenarnya kerana sejujurnya, saya tidak lagi mahu bermain bola sepak musim ini.
"Cuma kasihan kepada pemain lain yang menolak tawaran daripada pasukan lain selepas mendapat tahu bahawa Zainal masih akan disambung kontrak.
"Jadi, apabila kontraknya saya dengar tidak disambung, kita tidak tahu apa yang akan berlaku kepada pasukan ini," katanya lagi.
Muzaffar Musa
Wed Jan 19 2022


Simeone: This season a 'wake-up call' for Atletico Madrid
Atletico Madrid ended their LaLiga season with a 2-1 win away to Real Sociedad on Sunday, finishing ahead of Sevilla in third place.

US PGA Championship: Mito Pereira says he felt the pressure during 18th-hole collapse
Chile's Mito Pereira said he could not think straight as he tried to seal his debut PGA Tour win at the US PGA Championship.

US PGA Championship: Two-time champion Justin Thomas breaks down 'very special' and 'bizarre' final round
Justin Thomas admitted he did not look at the scoreboard on Sunday after coming in eight strokes off the lead, before winning in a playoff.

Xavi: Barcelona must be 'humble' to improve in off-season
Barcelona have finished the season 13 points off Real Madrid in LaLiga and without a trophy after Sunday's 2-0 loss at home to Villarreal.

US PGA Championship: Justin Thomas wins after playoff against Will Zalatoris
Justin Thomas trailed Mito Pereira by eight strokes heading into Sunday's final round, but he left with his second Wanamaker Trophy.

Zlatan Ibrahimovic dedicates Milan's Scudetto to Raiola as Swedish star defies doubters
Zlatan Ibrahimovic's long-time agent Mino Raiola died last month, and the striker found it poignant to be celebrating a title without him.

Cagliari suffer Serie A relegation as Salernitana survive for first time despite Udinese thrashing
Salernitana escaped dropping down to Serie B despite a comprehensive defeat against Udinese, as Cagliari were relegated on Sunday.

Neville and Keane left furious after spate of pitch-invasion violence
Gary Neville and Roy Keane were left furious after Manchester City fans invaded the pitch at full time, with some attacking Robin Olsen.

Outrageous rabona strike among five for Balotelli in historic final-day display
Mario Balotelli boosted his seasonal Super Lig total on the final day with five against Goztepe, a first for an Adana Demirspor player.

Ten Hag straight down to work at Man Utd as club confirm Monday unveiling
Erik ten Hag watched Manchester United's dismal season end with defeat to Crystal Palace, and he will face the media on Monday.