Skip to main content

Bola Sepak

Pemain Iran lancar solidariti kenang mangsa mati dalam tahanan

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

iran-piala-dunia-2022.jpg
Pasukan bola sepak Iran bertindak menutup jersi dan lambang kebangsaan mereka ketika lagu kebangsaan dinyanyikan sebelum sepak mula sebagai tanda solidariti terhadap mangsa tahanan polis negara terbabit. 

Iran terikat 1-1 dalam perlawanan pemanas badan menentang Senegal di stadium tertutup Austria, awal pagi tadi, sebagai persiapan Piala Dunia Qatar.

Kematian Mahsa Amini, 22, ketika di dalam tahanan polis Iran gara-gara etika pemakaian tudung telah membangkitkan protes di seluruh negara dan kecaman dunia. 

Malah, beberapa hari sebelum sepak mula, penyerang Bayer Leverkusen, Sardar Azmoun, sempat menulis di Instagram: "Paling teruk pun saya akan digugurkan daripada pasukan kebangsaan. Tiada masalah.

"Saya akan mengorbankan itu demi sehelai rambut di kepala wanita Iran. Cerita ini tidak akan dipadamkan. Mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu."
 

Advertisement

Must Watch Video