Ole Gunnar Solskjaer memuji jaringan kemenangan Cristiano Ronaldo pada penghujung perlawanan ketika berdepan Villarreal, berkata 'sentiasa ada peluang' apabila bintang Manchester United itu beraksi.

Kapten Portugal itu mencipta sejarah awal pagi tadi apabila melakukan penampilan yang ke-178, mengatasi rekod yang dipegang oleh Iker Casillas.

Pemain berusia 36 tahun itu melengkapkan hari penuh bersejarah itu dengan jaringan kemenangan pada minit ke-95 untuk memberikan United kemenangan 2-1 ke atas skuad kendalian Unai Emery bagi menebus kekalahan menerusi penentuan penalti dalam final Liga Europa.

Villarreal tidak pernah tewas dalam tempoh 90 minit sejak kekalahan 2-1 kepada Real Madrid pada hari terakhir musim lalu, dan mereka berhak mendahului di Old Trafford apabila Paco Alcacer menyempurnakan hantaran silang Arnaut Danjuma.

Alex Telles menyamakan kedudukan sebelum Ronaldo memberikan tiga mata pertama United dalam saingan Liga Juara-Juara musim 2021-22, merembat masuk bola mengatasi Geronimo Rulli selepas menerima hantaran Jesse Lingard.

"Itulah yang berlaku di Old Trafford. Ia berlaku banyak kali sebelum ini," kata Solskjaer kepada BT Sport. "Sememangnya, kami bermain kurang baik tetapi nasib menyebelahi kami.

"Mereka adalah pasukan yang sukar untuk diatasi, mereka tidak tewas sebelum final [Liga Europa], dan mereka telah berdepan beberapa pasukan yang berkualiti."

Cristiano Ronaldo Champions League injury time winners

"Kami mahu menang beraksi di laman sendiri, tetapi mereka telah memberikan yang terbaik dan jika kami tidak memberikan tekanan, mereka boleh pulang dengan tiga mata.

"Apabila anda menurunkan pemain seperti Cristiano, peluang sentiasa ada.

"Dia sangat berkualiti di depan gol. Dia memberikan impak kepad semua, penonton, pemain dan seluruh kelab.

"Ia cukup besar bagi pemain-pemain memenangi perlawanan ini selepas kami tewas kepada Aston Villa sebelum ini."