Pasukan yang diberi julukan pembunuh gergasi Liga Super musim lalu, PDRM terus komited untuk mengekalkan impak yang dicetuskan pada musim lalu menerusi persiapan rapi di bawah kepimpinan jurulatih berpengalaman, P. Maniam.

Sebagai rekod, PDRM berjaya menumbangkan pasukan berstatus gergasi seperti, Selangor, Sri Pahang, Sabah serta Kedah Darul Aman.

Menerusi perkongsian bersama wartawan Astro Arena, Karl Nunis, P. Maniam memberi bayangan untuk memperbaiki kedudukan liga serta mengekalkan kejuaraan Piala Cabaran sebagai sasaran peribadinya.

"Kita perlu mengekalkan momentum dari tahun lalu untuk terus memberi cabaran kepada pasukan lain. Kita sedang melakukan persiapan yang rapi untuk seluruh pasukan.

"Semua orang perlu bersatu demi memberikan komitmen yang tinggi termasuk para pemain, pihak kejurulatihan dan badan pengurusan kelab," katanya.