PDRM FC tidak gentar untuk menyekat Selangor FC yang prestasinya makin kukuh musim ini selain hanya melepaskan 13 gol setakat ini.

Justeru, ketua jurulatih Sang Saka Biru, Azzmi Aziz, membuat perancangan rapi bagi menghalang pelawat daripada mngutip tiga mata di Stadium MBPJ, malam esok.

"Selangor sangat tekal dalam musim ini, memang cabaran besar untuk kami.

"Kami pun dah jumpa pasukan-pasukan besar sebelum ini jadi kami akan bersedia sebaik mungkin.

"Ini perlawanan ke-13 Liga Super buat kami musim ini, saya kena akui bahawa pasukan ini akan terus meningkat dan tahap permainan pasti menjadi lebih baik," katanya.

Menurutnya lagi, walaupun Selangor juga pasti akan sedia maklum corak permainan PDRM, ia sesuatu yang normal apabila memasuki pertengahan musim.

"Setiap pasukan akan menganalisa keupayaan pasukan lawan, kami juga lakukan perkara yang sama.



"Apa yang lebih penting adalah hari perlawanan dan saya harap pemain yang diturunkan boleh memberikan impak yag baik.

"Ayron Del Valle, Faisal Halim, Mukhairi (Ajmal Mahadi) perlu diberi perhatian.

"Permainan mereka sangat baik dan serangan mereka sangat bagus. Kami juga sedia maklum bahawa Tan Cheng Hoe gemar menguasai bola," katanya lagi.