Karier Nurshamil Abd Ghani ibarat mendapat nafas baru bersama Kelantan FC musim ini selepas beberapa musim sukar mendapat peluang beraksi.

Nurshamil sudah meledak dua gol bagi membantu kelab Pantai Timur itu meraih tujuh mata selepas empat perlawanan.

"Saya harap dapat naikkan balik prestasi bersama pasukan, saya juga ada sasaran ke atas diri sendiri -- ada nama sebagai penjaring tempatan dan dalam masa sama berikan yang terbaik bersama Kelantan FC," katanya yang akan bertemu Sarawak United di tempat sendiri, Sabtu ini.

? JADUAL PERLAWANAN LIGA PREMIER 2021 - LP6 Lima perlawanan LP6 akan berlangsung bermula Jumaat ini! ⛔ Peringatan, perlawanan akan dijalankan tanpa penonton. #LigaPremier2021

Posted by Malaysian Football League on Monday, March 29, 2021


Situasi ini memberi petanda positif buat bekas pemain Penang FC musim lalu itu apatah lagi dapat membuktikan bahawa penggempur tempatan juga mampu bersaing dengan tonggak import.

Namun, dia mengakui perlu tingkat usaha memandangkan menyerlah ketika lebih kerap beraksi sebagai pemain gantian.

"Jurulatih ingin menerapkan dua penyerang tetapi oleh kerana Kelantan membariskan ramai pemain muda, jadi jurulatih main seorang penyerang," katanya.