Jack Grealish akan membuktikan bahawa dia merupakan pembelian yang baik buat Manchester City, David James, walaupun bekas penjaga gol England itu masih tidak pasti sama ada pemain lincah tersebut telah memenuhi tanda harga mahalnya.

Grealish menjadi perpindahan termahal pemain British ketika berpindah ke juara Liga Perdana Omggeris Inggeris (EPL) itu daripada Aston Villa dengan harga £100 juta (RM549.5j) tahun lalu.

Walaupun pemain berusia 26 tahun itu belum menunjukkan prestasi terbaiknya seperti ketika di Villa, dia telah membuat 31 penampilan dengan 26 kali diturunkan dalam skuad utama.

Biarpun hanya menghasilkan empat gol tetapi pengurus City, Pep Guardiola, tetap gembira untuk mengetengahkan Grealish, lebih-lebih lagi mereka di laluan untuk meraih treble gelaran domestik dan Eropah.

Walaupun tanda harga Grealish masih didebatkan, bekas pemain City itu percaya deretan trofi akan menjadikan perpindahan berkenaan berbaloi.

"Anda tidak dapat mengabaikan tanda harga sebegitu," kata James kepada Stats Perform.





"Tetapi tidak akan ada nilai atau tanda harga yang boleh dikatakan tepat untuk melabel pembeliannya sebagai baik atau buruk.

"Grealish telah terlibat dalam banyak perlawanan Manchester City musim ini. Mereka menerajui liga, berada dalam suku akhir Liga Juara-Juara (UCL) dan separuh akhir Piala FA.

"Jack Grealish juga melibatkan diri. Dia sebahagian daripada pasukan yang telah bertindak cemerlang ketika ini. Dia adalah pemain yang bagus."