Sentuhan akhir Ferris Danial memastikan Negeri Sembilan mencipta kemenangan sulung dalam Kumpulan C, Piala Malaysia, apabila jaringan tunggalnya sudah cukup untuk menghukum Kelantan United, sebentar tadi.

Juara Liga Perdana 2021 itu, bagaimanapun, terpaksa menunggu baki sembilan minit permainan menuju masa sebenar di Stadium Muhammad Ke-IV berkenaan.




Kedua-dua pasukan mempamerkan aksi perlahan yang menyaksikan pelawat mudah hilang kawalan bola sejak wisel pertama ditiupkan sebelum mula rancak dalam separuh masa kedua.

Negeri Sembilan mula lebih mendominasi tetapi kerap mensia-siakan peluang terhidang sebelum jaringan Ferris Danial terhasil.

Pemain gantian itu melakukan sentuhan terakhir ketika menyambut hantaran lintang untuk melepasi jangkauan penjaga gol Kelantan United, Ramadan Hamid.

Kelantan United kini menghuni tangga tercorot tanpa mata sementara Melaka United mendahului selepas mengalahkan Kedah Darul Aman yang menguasai tempat kedua, semalam.

Perlawanan malam ini melengkapkan hari perlawanan kedua piala tertua di Asia itu sebelum tugasan antarabangsa.