Skip to main content

Bola Sepak

Nafuzi Zain mohon maaf terikut-ikut dengan emosi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

manuel-otts.jpg
Pengendali Kedah Darul Aman (KDA) FC, Nafuzi Zain, memohon maaf kepada penyokong pasukan itu atas layangan kad merah sebelum Sang Kenari tewas 0-1 kepada PDRM FC dalam perlawanan ketiga Liga Super 2023, Sabtu lalu.

Menurutnya, perlawanan yang tegang di dalam padang juga menyebabkan dirinya gagal mengawal emosi dan perkara tersebut berlaku kali pertama sepanjang dia mengendalikan pasukan dalam saingan Liga Super.

"Saya pun minta maaf kerana terlalu mengikut emosi, sepatutnya tidak berlaku. Ini pengalaman baik, pengajaran untuk saya juga (dalam mengawal) emosi. Kali pertama terjadi kepada saya, jadi secara tidak disedari.




"Biasanya saya tenang sahaja tapi tiba-tiba mungkin malam itu beremosi. Saya juga manusia biasa, kesilapan saya dan janji tak akan berlaku lagi," katanya mengulas kejadian dilayang kad merah selepas didakwa 'mengasari' pengadil keempat.

Pengadil perlawanan itu, Mohd Azizan Saat Ariffin, telah melayangkan kad merah kepada kapten KDA FC, Manuel Ott, pada minit ke-59 kerana dilihat mengasari pemain lawan.

Situasi semakin memberikan tekanan kepada Sang Kenari apabila Nafuzi pula dilayangkan kad merah pada minit ke-70 kerana dipercayai mengganggu tugas pengadil perlawanan.




Dua keputusan itu dipercayai menjadi sebab moral pemain KDA FC terganggu dan gawang mereka akhirnya bolos pada minit ke-74 menerusi jaringan penyerang PDRM FC, Bruno Suzuki.

Tamat perlawanan, hampir 1,000 penyokong tuan rumah berkumpul di hadapan pintu utama Stadium Darulaman bagi menunjukkan rasa tidak puas hati atas keputusan dilakukan oleh Mohd Azizan.

Jelas Nafuzi, penting buat Sang Kenari untuk bangkit dalam pusingan pertama Piala FA 2023 ketika bertemu Penang FC di Stadium Darul Aman pada malam Rabu ini.

Kredit: Sinar Harian

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video