TOTTENHAM HOTSPUR 2 MANCHESTER UNITED 1

Jose Mourinho mengakui beliau tidak memiliki pilihan untuk menurunkan pemain terbaik mereka ketika berdepan Tottenham dan berasakan Manchester United kekurangan pemain untuk bersaing dalam dua kejohanan.


Pengendali United itu, yang membuat lapan pertukaran ketika menyingkirkan Celta Vigo dalam saingan Liga Europa untuk ke final berdepan Ajax pada 24 Mei ini, terpaksa menerima keputusan tewas 2-1 kepada Spurs, sekaligus menamatkan harapan untuk menamatkan saingan dalam kelompok empat terbaik.

United kini perlu menewaskan Ajax di Stockholm untuk beraksi dalam Liga Juara-Juara (UCL) bagi musim 2017-18 tetapi Mourinho menegaskan beliau tidak berputus asa dalam saingan domestik.

"Anda tidak boleh beraksi dalam dua kejohanan besar dengan 15 pemain. Mustahil," kata Mourinho.

"Kami menurunkan pemain-pemain yang berada di tahap terbaik bagi memastikan mengelak sebarang kecederaan.

"Saya tidak mahu memikirkan mengenai musim hadapan. Saya hanya memberikan fokus untuk perlawanan final berdepan Ajax.

United gagal mempamerkan aksi cemerlang di White Hart Lane, dengan Victor Wanyama membuka jaringan sebelum Harry Kane menggandakan jaringan dalam separuh masa kedua. Wayne Rooney berjaya menghasilkan gol sagu hati buat The Red Devils.

"Selepas ketinggalan 2-0, kami cuba memberikan kualiti kepada pasukan, kami membawa masuk pemain yang mampu memberikan keseimbangan."