Jose Mourinho menegaskan Tottenham masih tidak menerima sebarang tawaran buat Christian Eriksen daripada Inter di sebalik kelab Serie A itu dilaporkan optimis menandatangani pemain tengah itu.

Eriksen, yang bakal kehabisan kontrak pada penghujung musim ini, telah dikaitkan dengan perpindahan sejak jendela perpindahan yang lalu.

Spurs dijangka menjual pemain kebangsaan Denmark itu bulan ini bagi mengelak melepaskannya secara percuma apabila berakhirnya musim 2019-2020.

Inter dikatakan yakin bakal mendapatkan khidmat bekas perancang Ajax itu, namun Mourinho menjelaskan masih tiada bidaan daripada The Nerazzurri.

"Jika mereka yakin, sudah pasti mereka telah membuat tawaran, namun ia masih tidak lagi dilakukan," kata Mourinho.

"Saya tidak memahami mengapa mereka perlu optimis dalam hal ini sejak beberapa perlawanan lalu. Orang sentiasa bertanyakan 'adakah Eriksen akan beraksi? Sudahkah Eriksen membuat penampilan terakhir bersama kelab?' dan tiada apa yang berubah setakat ini, Eriksen akan terus beraksi bersama Spurs."

Ditanya jika beliau berasa sedih dengan cara Eriksen yang dijangka meninggalkan kelab, Mourinho membalas, "Saya berasa dia sentiasa cuba yang terbaik dan ia adalah perkara yang normal sehingga 31 Januari di mana pemikirannya tidak fokus sepenuhnya.

"Saya berasakan ia adalah situasi yang normal buat mana-mana pemain. Jika saya seorang pemain dan membaca setiap hari, saya mungkin terdengar mengenai keyakinan kelab yang mahu menandatangani anda. Saya juga berasakan ia adalah normal buat pemain tidak mengetahui sepenuhnya apa yang sedang berlaku.

Ketika Eriksen bakal meninggalkan pasukan, pemain tengah, Giovani Lo Celso, kelihatan bakal menjadi anggota skuad utama Spurs.

Pemain kebangsaan Argentina itu menandatangani kontrak sepanjang musim dengan pilihan untuk membelinya daripada Real Betis, Ogos lalu, dan Mourinho menjangkakan kelab itu akan memastikan pemain tersebut kekal di London.

"Saya berasakan ya, ia mungkin berlaku musim panas nanti," kata Mourinho mengenai kebarangkalian pemain berusia 23 tahun itu kekal bersama kelab berkenaan.



Editor: Ammar Hakim