Fabio Quartararo tidak melihat dirinya sebagai pelumba pilihan dalm Grand Prix Jerman selepas menamatkan perlumbaan di tempat kedua semalam.

Pendahulu kejuaraan dunia MotoGP, Quartararo, ketinggalan 0.011 saat selepas Johann Zarco berjaya memastikan petak pertama miliknya menjelang perlumbaan malam ini.

Ia menafikan bintang Monster Energy Yamaha itu meraih petak pertama buat kali keenam berturut-turut, dengan Marc Marquez (meraih tujuh di antara 2013 dan 2014) merupakan pelumba terakhir menikmati rentetan petak pertama sebelum ini.

Dia dijangka akan mencabar Zarco untuk memenangi perlumbaan, Quartararo sebaliknya memberikan sokongan terhadap Miguel Oliveira dan berkata, "Saya berasakan kami akan bergelut."

Oliveira, yang menamatkan sesi kelayakan di tempat keenam, di belakang Marc Marquez, memenangi Grand Prix Catalan sebelum ini dan meraih podium buat kali kedua berturut-turut.

Quartararo berkata lagi, "Kami tidak berasa begitu baik di litar. Kami juga melihat pelumba lain turut sedang bergelut.

"Tetapi saya akan memberikan 100 peratus dan gembira kerana tidak jauh ketinggalan."