Pemain kebangsaan Armenia, Mkhitaryan, menyertai Roma secara pinjaman sepanjang musim September lalu dan mencetak enam gol dan empat bantuan jaringan dalam 17 penampilan.
Menurut laporan daripada Corriere dello Sport Rabu lalu, pemain berusia 31 tahun itu memberitahu Arsenal dia mahu kekal di Itali dan berharap dapat mencapai persetujuan bersama The Giallorossi.
Bagaimanapun, Raiola menafikan perkara itu.
"Mkhitaryan tidak menghantar sebarang pesanan kepada Arsenal," kata Raiola.
"Dalam waktu sebegini, berita palsu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima."
Mkhitaryan non ha mandato nessun messaggio all’Arsenal. Soprattutto in momenti cosi, le fake news sono assolutamente inaccettabili.
— Mino Raiola (@MinoRaiola) May 7, 2020
Mkhitaryan did not send any message to Arsenal. Specially in times like these, fake news are completely unacceptable. pic.twitter.com/Fyh35MdO9D
Jurulatih Roma, Paulo Fonseca dan kapten pasukan, Edin Dzeko, sebelum ini menyatakan mahu Mkhitaryan menyertai pasukan secara tetap.
Mkhitaryan menyertai Arsenal dari Manchester United dalam tawaran pertukaran menyaksikan Alexis Sanchez menuju ke arah bertentangan pada Januari 2018.