Pertahanan kebangsaan, Ahmad Khuzaimi Piee, sedia menyahut cabaran membawa Harimau Malaya mencabar kejuaraan Piala AFF 2022.

Pemain Negeri Sembilan itu menganggap Piala AFF adalah pentas terbaik untuk mereka mengukur kemampuan menjelang Piala Asia, Jun tahun depan.

Khuzaimi tidak menafikan Malaysia dan Vietnam disebut-sebut sebagai pasukan yang bakal mengisi pentas final kelak selepas hasil majlis undian hari ini.

"Dengan iringan doa penyokong, kami akan cuba membawa Piala AFF ke Malaysia," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.




Bagaimanapun, Khuzaimi mengakui perhatian buat skuad kebangsaan kali ini lebih jelas.

Sudah pasti ia tidak semudah yang disangka sambil menegaskan sudah tiba masanya untuk Malaysia beraja dalam kancah Asia Tenggara.

"Setiap perlawanan akan memberi tekanan kepada kami.

"Yang penting kami akan sentiasa kawal emosi dan ikut arahan jurulatih," katanya.

Selain Vietnam, Malaysia akan mencabar Singapura, Myanmar dan Laos dalam Kumpulan B yang bermula 23 Disember depan.