Fabio Cannavaro dilantik sebagai pengurus kelab Serie A, Udinese, dengan kontrak hingga akhir musim ini.

Bekas pertahanan Juventus dan Real Madrid itu yang memenangi Ballon d’Or pada 2006 selepas menjadi kapten Itali untuk menjulang Piala Dunia dipilih untuk menggantikan Gabriele Cioffi.

Cioffi dipecat lebih awal semalam memandangkan Udinese di atas zon penyingkiran hanya berdasarkan perbezaan gol berikutan kekalahan 0-1 kepada kelab yang turut bergelut, Verona.


Cannavaro mempunyai enam perlawanan untuk membantu kelab itu mengekalkan status divisyen teratas di sebalik hanya menang empat kali sepanjang musim ini.

Pengurus berusia 50 tahun itu yang sebelum ini pernah berkhidmat di China, Arab Saudi serta kelab Itali, Benevento, akan dibantu oleh adiknya Paolo Cannavaro.