Skip to main content

Bola Sepak

Min Oo tekad cipta nama di Liga M

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

kyawminnoo.jpg
'Saya mahu ikut jejak langkah Hein Ttet Aung', jelas tonggak import baru PDRM FC, Kyaw Min Oo yang berhasrat mencipta nama di pentas Liga Malaysia.

Kyaw turut berharap kehadirannya mampu hadiahkan sesuatu yang positif buat The Cops.

Kyaw yang juga tonggak utama Myanmar di kempen Piala AFF 2022 mengakui tertarik dengan perkongsian rakan senegara yang juga pemain import Selangor FC, Ttet Aung mengenai cabaran Liga Malaysia.

Bekas pemain Yangon United itu percaya dia perlu kerja keras bagi membuktikan kemampuannya kepada pengendali Sang Saka Biru, Azzmi Aziz.

Untuk rekod, Kyaw muncul antara tiga pemain antarabangsa Myanmar yang berkelana di Malaysia di samping Ttet Aung serta pertahanan Penang FC, Zaw Min Tun.

"Dua pemain Myanmar yang telah bermain di sini memujuk saya untuk berkelana ke sini. Beraksi dalam saingan Liga Super buat pertama kali dan mahu cuba melakukan yang terbaik buat PDRM," katanya. 

Kyaw dalam perkembangan sama turut memaklumkan dia masih lagi aktif dalam bidang peragaan terutamanya di Myanmar.

Dia hanya akan terima tawaran sebagai model jika tiada sebarang aktiviti bola sepak.

"Bolasepak adalah keutamaan saya terlebih dahulu. Jika terdapat masa terluang, saya mungkin menerima tawaran untuk peragaan."
 

Advertisement

Must Watch Video