SEVILLA 0 BARCELONA 5

Lionel Messi menjadi pemain kedua menjaringkan gol dalam lima perlawanan akhir Copa del Rey selepas menewaskan Sevilla 5-0 di Wanda Metropolitano, awal pagi tadi.


Ketajaman Barca tidak dapat dikekang selepas menumpaskan Sevilla dengan gaya yang luar biasa.

Dua gol Luis Suarez dan satu gol Messi membawa Barca selesa menamatkan separuh masa pertama, dengan pemain antarabangsa Argentina itu turut membuat dua bantuan jaringan dalam perlawanan itu.

Jaringannya -- gol kedua Barca hari ini -- menyaksikan dia menjaringkan gol dalam lima final Copa del Rey, selangkah untuk menyamai prestasi ikon Athletic Bilbao, Telmo Zarra, yang dilakukan dari 1940-an hingga 50-an.

Bagaimanapun, rekod lapan gol Zarra dalam lima perlawanan akhir itu sedikit lebih baik daripada enam gol yang dicipta Messi.

Ia juga merupakan kesempatan penting bagi Suarez, yang kini menjaringkan gol dalam lima final kejohanan berbeza untuk Barca.