Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Melaka United, Datuk Saiful Md Saperi, kecewa dengan prestasi semasa skuad kendalian Zainal Abidin Hassan itu apabila tewas 1-2 kepada Pulau Pinang, malam tadi.

Saiful menegaskan perlu ada perubahan segera bagi menyelamatkan skuad itu yang menghuni slot penyingkiran selepas keadaan terus tidak menyebelahi mereka selain pemotongan mata ekoran isu pembayaran gaji.

Selepas kehadiran semula pemain import, Stefan Nicolic, terkini Alex Goncalves pula terpaksa berehat panjang kerana kecederaan bahu ketika meyambut Penang untuk menghuni zon penyingkiran selepas tujuh perlawanan.

Bagaimanapun, tuntutan kebangkitan tetap berlaku dan pihak pengurusan masih belum terfikir untuk membuat sebarang perubahan tampuk kejurulatihan.

"Esok akan bermesyurat untuk melihat secara keseluruhan struktur pemain dan kejurulatihan.

"Kami belum ada membuat perubahan yang nak dibuat, cuma kejurulatihan mungkin dapat memainkan peranan yang paling penting daripada segi taktikal," katanya.


Hari ini berlangsung Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) antara Melaka United Football Club Sdn Bhd dan...

Posted by Melaka United Football Club on Wednesday, April 7, 2021


Digelar sebagai pakar seri, Zainal tidak tersinggung sebaliknya menuntut anak buahnya mengetepikan segala kekecewaan.

"Dengan kedudukan dan selepas ditolak mata, kami amat tertekan.

"Jadi mulai sekarang, kemenangan amatlah penting bagi Melaka," kata jurulatih.

Dalam perkembangan berbeza, Syarikat Sapu Tangan, Kenteam, membeli 70 peratus jumlah saham Melaka United demi kelangsungan pasukan itu pada masa depan.

"Kami mahu bawa Melaka United ke aras lebih tinggi dengan segala bantuan yang kami mampu, " kata Ketua Pegawai Eksekutif Kenteam Sdn Bhd, Datuk Seri Justin Lim.