Penyerang Melaka United, Sergio Aguero, mengakui Ilija Spasojevic seorang penyerang yang berpengalaman dan bersemangat tinggi sehingga boleh memberi inspirasi kepada pemain muda.

Aguero mengambil peluang itu untuk menimba pengalaman daripada Spasojevic apabila mereka digandingkan bersama di jentera serangan.

“Spasojevic merupakan seorang pemain berpengalaman dan dia banyak membantu kami di dalam padang,” katanya.

Sementara itu, Aguero yang masih dalam proses untuk pulih daripada kecederaan, mengharapkan supaya dia pulih dengan kadar segera dan dapat kembali beraksi sepanjang 90 minit.

Aguero diturunkan dalam tempoh 30 minit terakhir ketika menentang Pahang kerana jurulatih skuad Hang Tuah, Eric Williams, masih tidak mahu mengambil risiko terhadap kecederaannya.

Dikhabarkan untuk perlawanan esok menentang Pulau Pinang di Batu Kawan, Aguero dan Spaso berkemungkinan tidak diturunkan akibat kecederaan.