Ketua Pegawai Eksekutif Inter, Giuseppe Marotta, "sangat optimis" Diego Godin akan bergabung dengan Nerazzurri daripada Atletico Madrid sebaik kontraknya berakhir Jun depan.

Pertahanan Uruguay itu di ambang tahun terakhir kontraknya di Atleti sejak tiba daripada Villarreal pada 2010 untuk memenangi trofi LaLiga pada 2013-14 dan dua kali mara ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Godin, 33, kerap dikaitkan dengan Inter sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan Marotta tidak kekok untuk membincangkan perpindahan berpotensi berkenaan.

Semalam, ketua pegawai eksekutif Inter tersebut mengesahkan langkah perpindahan itu semakin dekat sambil menambah bahawa dia meraikan jaringan penting Godin ke atas Juventus dalam aksi pusingan 16 semalam.

"Saya gembira," kata Marotta kepada Sky Sport Italia mengenai perjanjian itu. "Kami berada di tahap yang sangat positif dalam rundingan ini.

"Ia detik manis untuk menyaksikan jaringan Godin. Bagaimanapun, saya ingin katakan bahawa saya sangat optimis dan percaya bahawa kami akan dapat membuat satu pengumuman rasmi tidak lama lagi."

Inter mempunyai pelbagai pilihan di posisi pertahanan tengah, termasuk bekas rakan sepasukan Godin di Atleti, Miranda.