Manchester United mengalami kekecewaan di London barat selepas kelab Kejuaraan, Queens Park Rangers merakamkan kemenangan 4-2 ke atas skuad kendalian Ole Gunnar Solskjaer dalam aksi persahabatan.

Beraksi di Stadium Kiyan Prince Foundation, Jesse Lingard memberikan Manchester United mendahului perlawanan selepas tiga minit, namun hanya bertahan empat minit selepas tandukan Charlie Austin menyamakan kedudukan buat tuan rumah.

Pada hari Solskjaer meraikan kontrak lanjutan di Old Trafford bertukar suram apabila QPR bangkit dalam separuh masa kedua.


Skuad kendalian Mark Warburton itu menjaringkan tiga gol dalam tempoh lapan minit menerusi Lydon Dykes (m-53, m-59) dan Moses Odubajo (m-58) menyaksikan penyokong tuan rumah berpesta menyaksikan kemenangan pasukan mereka.

Pemain gantian United, Anthony Elanga, mengurangkan defisit jaringan namun gagal mencetus kebangkitan sekaligus menyaksikan Solskjaer dan pasukannya seruan menjelang bermulanya saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).