Walaupun perjalanan Liga Perdana Inggeris (EPL) baru sahaja melepasi pusingan kedua tetapi perebutan puncak liga semakin menarik untuk diperhatikan kerana kedudukan jurang mata di antara Arsenal, Manchester United dan Manchester City tidak begitu jauh.

Biarpun The Gunners pada ketika ini agak selesa meninggalkan dua pasukan pencabar tetapi persembahan yang kurang tekal kebelakangan ini telah memberi ruang kepada anak didik Pep Guardiola dan Erik Teg Hag untuk mengejar.

Itu boleh dilihat daripada lima perlawanan terakhir anak didik Mikel Arteta berkenaan apabila mereka hanya memperoleh dua kemenangan dan ini sudah tentu merugikan The Gunners, sebaliknya ia menambahkan tekanan kepada pemain-pemainnya terutama kepada pemain-pemain muda seperti Eddie Nketiah, Bukayo Saka, Gabriel Martinelli dan Marti Odegaard.




Memandangkan 19 tahun lalu (2003/2004) The Gunners yang ketika itu di bawah kendalian Arsene Wenger sebenarnya menambah lagi tekanan kepada anak didik Arteta kerana harapan yang menggunung daripada penyokong-penyokong mereka.




Sementara itu, bagi pengendali The Citizens, Pep Guardiola, ini merupakan saat terbaik bagi dirinya untuk memberi motivasi dan keyakinan kepada pemain-pemainnya supaya terus memberikan aksi yang konsisten untuk mencari kemenangan dalam setiap perlawanan supaya dapat terus memberi tekanan kepada pendahulu berkenaan.

Situasi begini pernah dilalui Pep Guardiola ketika musim 2018/2019 sebelum memintas Liverpool pada saat-saat akhir liga untuk muncul juara liga dan sudah tentu dengan pengalaman itu akan membantunya untuk menguruskan emosi dan minda pemain-pemainnya.

Bagi Erik Ten Hag pula, ini masa terbaik baginya untuk membuktikan bahawa pasukan di bawah kendaliannya sudah mula bangkit untuk menjulang kembali The Red Devils setelah sekian lama memyepi sebagai juara liga semenjak 2012/2013.




Setelah membuat perubahan dengan membawa muka-muka baru seperti Casimero, ia semakin nampak akan corak dan falsafah yang di bawa Ten Hag.

Itu yang ditunggu-tunggukan penyokong The Red Devils selama ini.

Atas faktor yang dimiliki oleh kedua-dua pasukan itu yang membolehkan mereka memberi saingan dan mencabar kedudukan teratas carta EPL musim ini selain ia terus menarik perhatian peminat-peminat di serata dunia khususnya di Malaysia untuk terus kekal memberi tumpuan pada liga nombor satu dunia tersebut.