STUTTGART 3 BAYERN 1

Khidmat pertahanan Bayern Munich, Raphael Guerreiro, diragui untuk perlawanan timbal balik separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL) di Real Madrid minggu depan selepas dia mengalami kecederaan ketika mereka tewas 1-3 kepada Stuttgart, awal pagi tadi, dedah pengurus kelab, Thomas Tuchel.


Bayern, yang turut mengeluarkan Eric Dier dalam separuh masa kedua akibat kecederaan kepala akan berdepan Real di Sepanyol pada awal pagi Khamis depan selepas sama handal 2-2 di Munich, awal minggu ini.

Pemain antarabangsa Portugal itu terpaksa diketepikan pada minit ke-17 akibat kecederaan pergelangan kakinya dalam usaha untuk menghalang rembatan pihak lawan.

"Raphael Guerreiro memerlukan tongkat untuk berjalan. Ia sangat, sangat pahit untuk kami tela," kata Tuchel kepada pemberita.

"Hari ini dia sepatutnya mendapat sedikit minit permainan sebagai persediaan perlawanan pertengahan minggu depan.


"Sebaliknya, sekarang kita perlu melihat apa yang berlaku kemudian.

"Eric Dier pula terpaksa mendapatkan jahitan terhadap luka di kepala yang kemudian terbuka semula jadi kami pada satu ketika berkata sudahlah.

"Kami tidak mahu mengambil risiko besar."