Bintang Manchester United, Harry Maguire mahu pengendali England, Gareth Southgate kekal sebagai pengendali England berbanding menggantikan jurulatih Red Devils, Erik ten Hag.

Southgate dijangka berhenti selepas kejohanan utama keempatnya di Jerman pada musim panas ini dengan pasukan pilihan Three Lions memenangi trofi pertama mereka sejak 1966.

Biarpun Southgate, 53, disebut-sebut sebagai pengganti bos Manchester United, Erik ten Hag, Maguire mendakwa lebih suka dia sebagai pengurus antarabangsa berbanding pengurus kelab.

“Kami mahu berjaya di Euro. Kami tidak melihat Piala Dunia — Euro adalah tumpuan utama kami. Dan jika Gareth adalah orang yang menjadikan kami berjaya maka kami mahu dia kekal selama mungkin.

“Dia menghormati pemain dan semua orang yang pernah bekerja di bawahnya. Menjadi bos England sangat sukar. Ia adalah salah satu pekerjaan yang paling diteliti di dunia.

“Apa yang anda boleh lihat ialah di mana kami berada sebelum dia mengambil alih dan di mana kami berada sekarang. Semua orang akan berkata, Ya, tetapi kami mempunyai pemain yang lebih baik sekarang.

“Tetapi pada tahun-tahun sebelumnya kami mempunyai pemain yang hebat dan tidak berjaya. “Dia memang layak mendapat banyak pujian dan telah membawa kami jauh," katanya.