Florentino Perez mendakwa dia 'sudah melupakan' Kylian Mbappe selepas menyaksikan Real Madrid mengatasi Liverpool dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL).

Mbappe telah dicanang bakal menyertai Madrid selepas kontrak bersama Paris Saint-Germain berakhir tahun ini.

Tetapi pemenang Piala Dunia itu bertukar angin minggu lalu apabila mengambil keputusan untuk melanjutkan kontrak tiga tahun di Paris.

Berbanding memiliki Mbappe, Madrid sendiri tiba di Paris semalam, turun dalam aksi final Liga Juara-Juara (UCL) dan membawa pulang gelaran ke-14 dan yang kelapan berturut-turut apabila mara ke final.

Vinicius Junior menjaringkan gol tunggal dalam kemenangan 1-0, membuktikan Madrid masih memiliki kemampuan tanpa Mbappe.

Dan presiden Perez berikrar juara LaLiga dan Eropah itu akan terus mengejar pemain terbaik dunia selepas kekecewaan perpindahan mereka.

"Mbappe sudah dilupakan," katanya kepada Movistar. "Kami telah melalui musim yang sempurna dan kami akan terus berusaha untuk mendapatkan pemain terbaik."