Skip to main content

Bola Sepak

Luton kembali ke EPL sejak 1992

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

272384267.jpg
COVENTRY 1 LUTON 1
(Luton ke EPL dengan agregat 6-5)

Luton melengkapkan kisah dongeng mereka daripada luar liga ke kancah Liga Perdana Inggeris (EPL) menerusi kemenangan dramatik penentuan sepakan penalti ke atas Coventry dalam perlawanan akhir play-off Kejuaraan Sky Bet.


Sembilan tahun selepas mengharungi lima musim di Persidangan Perdana, The Hatters meraikan kepulangan mereka ke peringkat tertinggi sejak 1992.

Isu pemotongan mata dan kekecewaan terdahulu dipadam di Wembley, awal pagi tadi, di mana gol pembukaan Jordan Clark dibatalkan oleh Gustavo Hamer.

Namun, kesudahan 1-1 selepas masa tambahan dan kegagalan Fankaty Dabo dalam penentuan sepakan penalti memberi kejayaan 6-5 buat Luton.
   

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video