Perpindahan penyerang utama KV Kortrijk, Terem Moffi, masih belum membuka peluang Luqman Hakim Shamsudin untuk merebut tempat dalam skuad utama kelab Belgium itu.
Luqman membuat perkongsian kepada wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifly, ada beberapa perkara yang perlu dicapai untuk memikat hati pengendali skuad utama, Yves Vanderhaeghe.
Penyerang berusia 18 tahun itu baru sahaja melengkapkan saringan kecergasan yang ditetapkan selama enam minggu sejak tiba di Eropah.
Ia bagi memastikan Luqman kembali berada di tahap terbaik serta mengelakkan kecederaan selepas berehat panjang daripada saingan kompetitif.
"Saya tidak boleh menganggap tempat saya terjamin hanya kerana kehilangan seorang penyerang dalam skuad utama.
"Kalau saya usaha, beri 100 peratus dalam latihan atau perlawanan persahabatan, saya mungkin berpeluang.
"Isnin hingga Khamis saya akan berlatih bersama skuad utama sementara akan kembali ke pangkuan skuad B-21 bagi menjalani persiapan perlawanan dengan mereka," katanya ketika dihubungi.
Selepas hampir dua bulan berkelana di sana, Luqman berharap peminat bola sepak tanah air dapat memberikannya masa untuk menyesuaikan diri dan meningkatkan prestasi.
Aksi produk Akademi Mokhtar Dahari (AMD) itu, yang akan membantu pasukan B-21 KVK sehingga tamat liga musim ini, bakal dinilai oleh ketua jurulatih skuad utama kelab tersebut sebelum diberi kepercayaan sepenuhnya.
"Saya masih perlukan masa lagi. Tidak mungkin dalam tempoh sebulan dua ini ialah saya akan terus diserapkan dalam skuad utama.
"Cabaran saya ketika ini ialah memahami rakan sepasukan dan mereka juga perlu tahu apa yang saya perlukan.
"Ia agak sukar bagi saya, perkara ini normal buat pemain baru.
"Saya perlu cepat menyesuaikan diri kerana masing-masing belum memahami corak permainan masing-masing."
Shaiful Shamsudin
Thu Oct 01 2020


Rumour Has It: Chelsea, Roma circling for Ronaldo
Chelsea and Roma are reportedly among the clubs willing to sign Manchester United forward Cristiano Ronaldo.

Denmark's Euro 92 triumph: Thirty years on, the Danes have made dreamers of us all
Denmark were late additions to the party guest list but crashed Euro 92 in sensational style by carrying off the trophy in Sweden.

Wimbledon: Djokovic, Nadal and Williams lead charge of the old guard
Novak Djokovic is one short of matching Pete Sampras on Wimbledon's list of champions, while Iga Swiatek is eyeing a first major on grass.

Dortmund CEO Watzke criticises 'arrogant idiots' in English media after Mane transfer
English media responses to Sadio Mane's Bayern Munich transfer have prompted an angry reply from Borussia Dortmund CEO Hans-Joachim Watzke.

Close friends Schauffele, Cantlay in contention at Travelers Championship
Xander Schauffele leads Presidents Cup and Ryder Cup partner Patrick Cantlay by a single shot after 54 holes at the Travelers Championship.

Chun In-gee retains lead coming into final round at Women's PGA Championship
Chun In-gee has a chance to win her third major trophy, coming into the final round of this weekend's Women's PGA Championship.

'Messi is the only one guaranteed a place' – Di Maria not taking World Cup spot for granted
Despite playing a big part in Argentina's qualifying campaign, Angel Di Maria is not taking a place in their World Cup squad for granted.

'You want a million, you got it!' – Tyson Fury takes on Jake Paul's bet
Jake Paul bet Tyson Fury $1million that he will beat his half-brother, Tommy Fury, and the Englishman has not backed down.

Bellingham would be a 'fantastic signing' for Liverpool, says Barnes
Liverpool great John Barnes is hopeful Liverpool can sign Jude Bellingham, but he does not expect a deal to go through this window.

Bale confirms MLS switch as former Real Madrid star moves to LAFC
Gareth Bale is leaving European football for the time being, with the former Real Madrid star signing for Los Angeles FC.