Romelu Lukaku kekal sebagai pemain utama buat Chelsea, menurut Thomas Tuchel, dan berkata penyerang itu bakal turun bertemu Wolves malam ini.

Lukaku mengharungi musim pertama yang mengecewakan selepas kembali ke England selepas berhijrah ke Stamford Bridge dari Inter Julai lalu.

Penyerang itu sekadar menjaringkan 12 gol dan mendedahkan menerusi Sky Sport Italia Disember lalu bahawa dia gembira dengan peranannya di bawah kendalian Tuchel.

Lukaku telah diketepikan dan tidak diturunkan dalam kesebelasan utama sejak kemenangan 1-0 ke atas Crystal Palace Februari lalu.

Penjaring gol terbanyak Belgium itu telah dikaitkan bakal kembali ke Inter penghujung musim ini, tetapi Tuchel berkata dia memiliki masa depan di Chelsea dan berkemungkinan turun bertemu Wolves di Stamford Bridge.

Apabila ditanyakan mengenai masa depan Lukaku, pengendali The Blues berkata, "Ya, saya mahukan dia memiliki peranan penting dalam pasukan ini.

"Dia juga sangat penting buat masa ini, dan musim depna, tiada kehadiran pemain baru [disebabkan sekatan yang dikenakan ke atas pemilik Chelsea, Roman Abramovich] dan tiada pemain akan pergi, kerana ia tidak mungkin berlaku.

"Kami menandatangani pemain utama dan dia masih pemain utama buat kami. Dia berlatih dengan baik dan mungkin bermula esok."

Tuchel telah menekankan kepentingan 'kepercayaan dan komitmen' ketika Lukaku berusaha untuk membuktikan nilainya.

"Saya tidak tahu apa yang perlu berlaku tetapi dia memerlukannya. Semua orang perlu menghadirkan saat yang penting. Ia adalah kehidupan seorang pemain bola sepak profesional pada tahap seperti ini," tambah Tuchel.