Los Angeles (LA) FC sudah mencapai persetujuan dengan Olivier Giroud untuk menyertai mereka tanpa sebarang yuran perpindahan.

Menurut wartawan sukan tersohor dari Itali, Fabrizio Romano, kontrak bintang Perancis itu bersama kelab Liga Utama Bolasepak hingga Disember 2025.





Perpindahan itu juga bakal menyaksikan Giroud bergabung dengan bekas rakan sepasukannya di peringkat kebangsaan, Hugo Lloris, sejurus kempen Euro 2024.

Dengan 13 gol dan lapan bantuan jaringan dalam Serie A musim ini, penjaring terbanyak Les Bleus dengan 57 itu kekal sebagai sebahagian daripada perancangan Didier Deschamps.