Pertahanan Liverpool, Andy Robertson, berikrar untuk terus berjuang selepas The Reds kehilangan mata dalam perebutan takhta kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) minggu lalu.

The Reds, yang sebelum ini mengungguli kedudukan EPL dua minggu lalu, jatuh ke tangga ketiga selepas mencatakan kekalahan dalam dua perlawanan terakhir.

Lebih perit, Susulan daripada keputusan seri yang mengecewakan di Manchester United, pasukan Jurgen Klopp itu mengalami kekalahan mengejut 0-1 di tangan Crystal Palace semalam.

“Kami semua ini tidak akan menyerah dan akan terus berjuang.

"Kami perlu kekal positif dan berusaha memperbaiki tahap permainan masing-masing supaya kami tidak kehilangan mata lagi," katanya.