STRASBOURG 1 PSG 1

Lionel Messi menegaskan bahawa dia tidak begitu memikirkan soal jaringan ketika mengumpul gol terbanyak dalam lima liga terbaik Eropah selepas bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu menemui sentuhan pemusnah dalam pertembungan Ligue 1 dengan Strasbourg, awal pagi tadi.

Ledakannya -- hasil daripada umpanan daripada Kylian Mbappe -- membuka tirai jaringan perlawanan dalam keputusan seri 1-1 itu bagi memastikan Les Parisiens mempertahankan gelaran Ligue 1 menerusi gol ke-496 dalam karier Messi, sekali gus mengatasi pencapaian Cristiano Ronaldo.

Bintang Argentina itu berjaya menyamai rekod Ronaldo ketika merobek gawang Lens bulan lalu, tetapi terpaksa menunggu untuk memintas rekod pemain Portugal tersebut yang kini berkelana ke Arab Saudi.

Messi mengulangi pendiriannya pada 2022 dengan menyatakan: "Saya semakin kurang berfikir tentang menjaringkan gol.




"Jelas sekali saya suka menjaringkan gol dan jika berpeluang saya akan memanfaatkannya.

"Tetapi setiap kali saya turun ke padang, saya kurang fokus untuk menjaringkan gol dan lebih fokus kepada permainan.

"Saya tidak pernah taksub dengan gol. "