Kylian Mbappe menjadi penyelamat Paris Saint-Germain (PSG) apabila menjaringkan gol kemenangan dalam waktu kecederaan untuk mengatasi Strasbourg 2-1 dalam perlawanan Ligue 1 di Parc des Princes awal pagi tadi.
Pendahulu liga itu kelihatan akan menamatkan perlawanan dengan satu mata apabila ketua pasukan, Marquinhos, terjaring gol ke gawang sendiri pada minit ke-51, sekali gus memadamkan gol pembukaan yang dihasilkannya pada minit ke-14, sambil Neymar pula dibuang padang selepas layangan kad kuning kedua.
Bagaimanapun, pada minit ke-96, bintang utama Perancis itu menyudahkan sepakan penalti -- hanya dua minggu sejak dia menjaringkan hatrik dalam final Piala Dunia -- untuk memastikan pasukannya tidak keciciran mata buat kali ketiga musim ini.
Ia memberikan kelegaan besar buat pasukan bimbingan Christophe Galtier itu -- yang kembali beraksi tanpa pemenang Piala Dunia, Lionel Messi -- selepas bergelut untuk menemui jaringan biarpun menguasai permainan sejak dari awal.
2 - Marquinhos is the first Paris player to score for PSG and to concede an own goal in the same match since Dani Alves v Nantes on 17 April 2019. Auriverde ??. #PSGRCSA pic.twitter.com/Q9dexKhKEX
— OptaJean (@OptaJean) December 28, 2022