PSG 1 LORIENT 3

Kad Merah yang dilayangkan kepada Achraf Hakimi sewaktu Paris Saint-Germain (PSG) tewas kepada Lorient lewat malam tadi merupakan sesuatu yanga amat bodoh, kata ketua jurularih pasukan itu, Chiristophe Galtier, yang menuntut pasukannya untuk lebih bercita-cita besar.

Pasukan juara bertahan Ligue 1 itu tewas 1-3 di Parc des Princes selepas pertahanan sayap itu dilayangkan kad kuning kedua hanya ketika perlawanan baru berusia 20 minit.

Kekalahan itu menyaksikan kelebihan PSG di persada liga menyusut kepada lima mata selepas pencabar terdekat, Marseille, menewaskan Auxerre dalam satu lagi perlawanan.

Bercakap mengenai kad merah Hakimi, yang tiba gara-gara terjahan kerasnya ke atas Romain Faivre dan Darlin Yongwa, Galtier mengakui berasa kecewa dengan keadaan itu.

"Tiada alasan untuk Achraf berasa tertekan dan gementar. Kad kuning kedua itu amat bodoh. Tiada sebarang petanda sepanjang minggu ini bahawa dia akan tertekan.

"Ia satu kekecewaan yang besar dan kami perlu segera memberikan reaksi kerana kita tidak tahu seberapa banyak mata yang kami akan peroleh selepas ini.

"Separuh kedua kami musim ini amat biasa-biasa sahaja.

"Kami perlu beraksi kolektif tetapi perlu juga memiliki kesedaran individu. Terlalu ramai pemain memandang ke belakang, kami perlu memandang ke depan.

"Kami akan menentang Troyes selepas ini. Kami berada di tangga teratas sejak permulaan kejohanan ini tetapi kami perlu menamatkannya dengan kejuaraan. Kami perlu memiliki cita-cita untuk melakukan yang lebih baik," katanya.