Ketua jurulatih Sri Pahang FC, Datuk Dollah Salleh, mengakui gembira dengan keputusan yang diraih pasukannya ketika seri tanpa jaringan menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super semalam.

Dollah berkata, dia bersyukur dengan mata yang diraih pasukannya memandangkan Harimau Selatan mengawal permainan dengan baik sepanjang perlawanan itu.

“Namun, saya tetap bersyukur kerana satu mata dikutip dalam perlawanan ini,” katanya selepas perlawanan itu.

Dalam pada itu, pengendali JDT, Hector Bidoglio, ternyata kecewa dengan persembahan yang ditampilkan anak buahnya selepas gagal mengutip tiga mata penuh dalam aksi berkenaan.

Menurutnya, meskipun pemainnya dapat mencipta peluang, mereka gagal menterjemahkannya dalam bentuk jaringan.

“Saya tidak jangka akan mengutip satu mata berdepan Sri Pahang kerana pasukan kami mempunyai beberapa peluang untuk menjaringkan gol.

“Jadi, saya harap pemain mampu beraksi dengan lebih baik dalam dua baki perlawanan selepas ini,” katanya.


Kredit: Sinar Harian