Ketua jurulatih Sabah, Datuk Ong Kim Swee, menjelaskan buat masa ini keserasian pemain sudah di tahap maksimum dan sememangnya itulah yang dihajatinya.

Kim Swee juga berpendapat faktor itu akan menjadi kunci dalam pasukan untuk mempamerkan prestasi cemerlang dengan sesi latihan dan perlawanan persahabatan turut memberi petunjuk kepadanya menuju perlawanan pembukaan Liga Super membabitkan skuad The Rhino itu menerima kunjungan Penang, petang Ahad ini.

"Saya berharap perancangan untuk mendapatkan keputusan positif dalam perlawanan pertama pasti akan membantu untuk dibawa ke perlawanan akan datang.




"Daripada segi pencapaian ataupun prestasi berdasarkan Kejohanan Sabah Maju Jaya," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

Tambahnya, meskipun terlalu awal untuk meletakan sebarang sasaran tetapi ketika ini fokusnya adalah memperbaiki kedudukan sejak dua musim lalu dengan kelompok lima teratas menjadi dambaan.

"Kami juga kenal pasti kelemahan dan yang pasti kami tidak boleh hilang fokus, terlalu yakin kerana dengan jurulatih dan beberapa pemain baru, pasti ingin mengejutkan kami terutama di laman kami sendiri," katanya.