PERAK O SRI PAHANG 3

Prestasi mantap dalam separuh masa pertama meletakkan Sri Pahang FC di landasan tepat untuk merakam kemenangan ke atas Perak FC tapi ia belum cukup memuaskan hari pengendalinya, sebentar tadi.


Tok Gajah mengintai kemenangan kedua Liga Super musim ini ketika bertandang ke Ipoh, sebentar tadi, dan dua jaringan daripada tonggak import, Kpah Sherman dan Stefano Brundo memacu rentak awal, apatah lagi tuan rumah bertambah malang dengan kad merah Nasrol Amri akibat kekasaran di luar kotak penalti.

Justeru, ketua jurulatih Sri Pahang, Fandi Ahmad, cuma merungut berkenaan kegagalan anak buahnya meneruskan momentum garang sepanjang permainan di sebalik Zuhair Aizat Nazri menokok gol ketiga permainan untuk mereka tidak dibolosi buat julung kali musim ini.

"Babak pertama sangat baik untuk kami, rencana kami berhasil, cetak gol.

"Mungkin babak kedua permainan kami agak santai dan beri ruang Perak mengatur permainan.

"Tapi pertukaran pemain buat kami lebih baik, mungkin pemain kepenatan jadi mereka tidak dapat kekalkan tempo dan hanya membuat hantaran tanpa menyerang.




"Hari ini kami tidak tekanan. Kami harus main cara kami, bebas tanpa tekanan. Cuma selepas 25 minit Perak kendurkan permainan dan kami ambil kesempatan dari situ," katanya.

Sementara itu, Datuk Lim Teong Kim dalam temu bual selepas perlawanan berharap dia beberapa pemain akan pulih apabila mereka berdepan Penang FC, 31 Mac ini.

"Saya tidak puas hatilah.

"Jangan dapat kad merah. Saya juga mengharapkan supaya pemain-pemain tercedera akan pulih.

"Itu matlamat kami sekarang," katanya