Pertahanan muda selangor, Muhammad Faiz Amer, menegaskan bahawa dia tiada masalah untuk mencari keserasian bersama pemain senior dan import pasukan Selangor, selepas dinaikkan pangkat ke skuad utama pasukan itu tahun ini.

Di sebalik keterujaan pemain itu, dia turut meletakkan harapan untuk berada dalam kesebelasan utama bagi setiap perlawanan sepanjang saingan Liga Malaysia yang bakal bermula Mei depan.

"Setakat ini semua perancangan yang disediakan oleh pihak jurulatih berjalan dengan lancar. Kami mempunyai kombinasi pemain yang terdiri daripada pemain lama, baru dan import dan merasakan ianya bukan satu masalah bagi kami untuk memberi saingan pada musim kali ini.

"Sebagai pemain muda, saya memasang impian untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama pasukan dan berusaha menjadi yang terbaik," katanya.