Skip to main content

Bola Sepak

Liga Super: Bekas pengadil FIFA ulas insiden kad merah Kim Swee

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

amir-sharifuddin-wong.jpg
Bekas pengadil FIFA, Amir Sharifuddin Wong, berpendapat kad merah ke atas Datuk Ong Kim Swee tidak akan berlaku sekiranya pengadil lebih cekap mengendalikan permainan. 

Ketua jurulatih Sabah FC itu dibuang padang selepas sejam permainan apabila mempertikai beberapa keputusan pengadil, Noor Azriel Baharudin, ketika perlawanan berlangsung tegang dalam usaha Sabah mahupun tuan rumah, Sri Pahang, memburu gol kemenangan ketika terikat 1-1. 

"Berdasarkan posisi pengadil, tiada alasan dia tidak nampak insiden itu. 

"Ia kelemahan pengadil itu sendiri kerana insiden depan mata pun tidak boleh tengok. 




"Kalau dia tidak nampak, mungkin pembantu pengadil termasuk pengadil keempat boleh memaklumkan kepadanya memandangkan mereka memakai alat komunikasi. 




"Pengadil fokus kepada perebutan udara, tapi kejadian di bawah pun tidak jauh daripada pandangannya, pertahanan itu memang jelas menolaknya (Darren). 

"Kalau dia tunjukkan isyarat titik penalti, ia patut OK. 

"Kalau penalti itu diberikan, tiadalah insiden dengan jurulatih tersebut," katanya di Nadi Arena sebentar tadi.

 

Advertisement

Perlawanan Akan Datang

competition-logo
Liga Super Malaysia
Gameweek 11 of 26
Rabu, 17 Dis
09:00 PM
Kuala Lumpur City FC-team-logo Kuala Lumpur City FC
Johor Darul Ta'zim FC-team-logo Johor Darul Ta'zim FC

Must Watch Video