Pada 1997 gandingan dua penyerang utama negara dari zaman yang berbeza buat pertama kali digandingkan di Selangor pada ketika itu.

Datuk Zainal Abidin Hassan dibawa pulang ke pasukan The Red Giants daripada Pahang untuk bersama Azman Adnan bagi menambah ketajaman di bahagian serangan.

Atas gandingan bersama dua penyerang berbisa negara pada tahun itu telah membuatkan mereka berjaya merangkul kejuaraan Piala Malaysia dan Piala Sultan Ahmad Shah (Sumbangsih).





Sudah tentu gandingan ini akan menjadi memori indah kepada semua peminat-peminat bola sepak tanah air pada masa itu.

Tetapi kini dua LEGENDA bola sepak tanah air itu digandingkan kembali di Astro sebagai pemerhati bola sepak bagi penyiar rasmi Liga Malaysia musim ini berkenaan, sudah tentu kehadiran mereka ini akan memberi banyak faedah dan manfaat kepada peminat-peminat bola sepak negara terutama kepada golongan muda kerana mereka akan berkongsi akan pengalaman mereka baik sebagai pemain dan jurulatih.



Dengan 116 penampilan dan 50 jaringan dilakukan Zainal, sementara Azman dengan 52 penampilan dan 17 jaringan bersama skuad Harimau Malaya pasti berjaya menarik minat untuk penyokong-penyokong mendengar dan menonton daripada legenda-legenda ini.





Bukan itu sahaja, Astro juga membawa legenda-legenda muda negara seperti Safee Sali, Nizaruddin Yusof, Razman Roslan dan Norshahrul Idlan Talaha.

Mereka ini juga akan memberikan pandangan dan pendapat berdasarkan pengalaman yang telah mereka lalui dalam saingan Liga Malaysia.



Melalui pengalaman-pengalaman yang mereka lalui itu pasti mampu mendidik peminat-peminat di luar tentang ilmu bola sepak, dengan kehadiran mereka juga pasti akan membatu menarik minat anak-anak muda terutama adik-adik di bawah umur 18 tahun untuk menjadikan bola sepak sebagai kerjaya profesional mereka kerana lagenda-lagenda itu tadi pernah dijadikan sebagai idola mereka. Atas Faktor itu juga sebenarnya akan membantu meningkatkan nilai komersial Liga Malaysia ini kerana mereka itu mempunyai pengaruh tersendiri selain dari bantuan promosi dan siaran secara langsung yang dibawak Astro.








Hasnizam Uzir