Ronaldo memuji Inter mendapatkan sentuhan Romelu Lukaku semula dan percaya gandingan bersama Lautaro Martinez akan saling melengkapi.

Penyerang Belgium itu kembali ke Inter selepas musim yang mengecewakan di Chelsea, di mana dia terpinggir daripada perancangan Thomas Tuchel berikutan kenyataannya untuk menyertai semula Nerazzurri dalam satu temu bual.

Perpindahan itu menjadi kenyataan yang menyaksikan Lukaku tiba secara pinjaman selepas menjaringkan 30 gol ketika membantu Inter memenangi gelaran pada Serie A 2020-21.

Ronaldo percaya Inter akan mempertahankan kejuaraan mereka sekiranya Lukaku kekal di kelab itu musim lalu sekali gus menyekat Milan menjulang mahkota kejuaraan sambil memberi jaminan penggempur tersebut akan menyerlah dalam kempen akan datang.

"Ia akan menjadi persaingan yang baik di antara Inter dan Juve. Saya tidak melihat Milan sebagai pilihan walaupun peluang mana-mana kelab yang memenangi Scudetto tidak boleh diketepikan daripada perebutan trofi.



"Inter mampu memenangi tahun lalu, Juve pula tidak mampu lagi membuat kesilapan pada musim ini," kata legenda Brazil itu kepada Gazzetta dello Sport.

"Lukaku dan Lautaro mampu membentuk gandingan yang hampir sempurna. Banyak emosi, banyak gol: sesuatu yang bagus buat pasukan."