Veteran Argentina, Sergio Aguero, berada dalam senarai sebilangan besar kelab selepas Manchester City mengesahkan penyerang itu bakal berhijrah selepas berakhir musim ini.

Antara gergasi Eropah yang berminat mendapatkan Aguero adalah Chelsea dan Barcelona.

Tetapi Leeds United turut dilaporkan memasuki persaingan mendapatkan khidmat pemain berusia 32 tahun itu.

BERITA UTAMA -- LEEDS SERTAI SAINGAN REBUT AGUERO

Leeds United mahu membawa Sergio Aguero ke Elland Road dengan perpindahan percuma selepas tamat musim ini.

Manchester City mengesahkan bulan llau bahawa Aguero akan berhijrah selepas 10 tahun berkhidmat untuk The Citizens.

90Min melaporkan bahawa Leeds berharap rakan senegara Aguero, Marcelo Bielsa, mampu membantu mencari semula rentak terbaik bersama kelab tersebut.