Lee Tuck tidak gusar untuk menggalas beban sebagai status pemain naturalisasi selain tekanan yang bakal dipikul apabila menyarung jersi Harimau Malaya seperti yang dilalui pemain naturalisasi lain dalam pusingan kedua, Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023, di Dubai yang berakhir Rabu lalu.

"Ia pasti mengagumkan dan satu impian menjadi kenyataan untuk menyarung jersi sebagai pemain tempatan.

"Saya harap ia menjadi kenyataan.

"Cara untuk berdepan tekanannya penting. Ia boleh dijadikan sebagai dorongan atau membuatkan anda tergelincir dari landasan.

"Ia tidak menggerunkan. Saya mahu mencapai sesuatu yang patriotik.

"Kembali kepada topik bola sepak, saya perlu menyerapnya dengan lancar.

"Adakala apabila bermain anda akan dipuji, apabila tidak bagus kadangkala ia boleh mengundang kritikan," katanya dalam Nadi Weekend sebentar tadi.





Bagaimanapun, pemain kelahiran England itu kini lebih menumpukan persiapan serta latihan bersama Skuad Penyu, lebih-lebih lagi dengan kehadiran pemain import dari Bahrain, Habib Haroon.

Dengan adanya kelibat pemain itu, saingan untuk mengisi posisi tengah akan menjadi lebih sengit memandangkan Terengganu memiliki empat pemain import selain tiga pemain tempatan yang mampu mengisi posisi tersebut.

"Saya sentiasa berkeyakinan terhadap diri sendiri.

"Saya mempamerkan prestasi tekal sejak beberapa tahun lalu.

"Saya tidak bimbang. Saya hanya tumpukan diri sendiri.

"Keputusan pemain lain dan jurulatih adalah di luar bidang kuasa saya. Selebihnya terpulang kepada jurulatih, dunia dan bola sepak.

"Saya hanya mampu menikmati (permainan) dan berikan yang terbaik"