Seorang lagi pemain pinjaman Liga Malaysia (Liga-M), Lee Tuck, kembali bernafsu untuk mencipta penampilan lebih berkesan dengan pasukan yang dia pernah mencipta nama sebelum ini.

Selepas hambar bersama Sri Pahang, kini dipinjamkan kepada Terengganu.

Pemain tengah itu mengakui sukar mempamerkan aksi berkesan ketika bersama dengan Sri Pahang, namun keadaan berkenaan pasti berubah selepas dia kini kembali bersama Skuad Peteh walaupun hanya sebagai pinjaman.

"Saya mahu buktikan keupayaan, saya amat mengenali diri sendiri.

"Saya mahu mengukir nama dengan membantu pasukan, " katanya yang pernah membuat 55 penampilan bersama Terengganu.




Merujuk kepada perancangan Tok Gajah yang berhasrat menaturalisasikannya musim depan, ia adalah sesuatu yang mengujakan buat pemain kelahiran England itu.

"Berita ini agak mengejutkan.

"Saya sudah di Malaysia selama lima tahun.

"Untuk beraksi sebagai pemain tempatan adalah menarik.

"Saya bekerja keras untuk mengejar impian ini dan pasti gembira dapat menjadi pemain tempatan."