Secara kebiasaannya, pemain yang diserap ke dalam pasukan adalah untuk membentuk kekuatan pasukan itu sendiri namun lain pula pendekatan jurulatih Tomáš Trucha yang sempat berkongsi dengan wartawan Astro Arena, Fina Nasrom apabila kehadiran dua pemain pinjaman dari KL City, Fauzan Fauzi dan Abdul Azim Rahim adalah untuk mencetus persaingan semata-mata.

Persaingan sihat dalam pasukan adalah modus operandi Truca.

Jadi tiada istilah slot automatik buat kedua-dua pemain itu walaupun kelibat mereka seolah-olah watak penting memperkuatkan Penang FC selepas ini.

Baik Fauzan mahupun Azim, mereka adalah ancaman baru buat pemain Penang terus berusaha merebut kesebelasan terbaik.

"Persaingan untuk semua pasukan, kehadiran Fauzan dan Azim mereka boleh memberikan satu lonjakkan kepada setiap pemain dalam pasukan untuk bersaing meningkatkan mutu permainan," kata Trucha.

"Ketika rehat aksi antarabangsa, kami giat membuat persiapan dan mungkin dapat membuat beberapa perlawanan persahabatan bagi menilai dan merencana barisan skuad terbaik."