Memenangi LaLiga musim ini boleh menjadi bukti bahawa proses pemulihan kelab meniti di landasan yang betul, demikian menurut Presiden Barcelona, Joan Laporta.

Kelab Catalan itu dilanda masalah kewangan yang runcing yang mendorong prestasi mengecewakan di atas padang dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Kali terakhir mereka memenangi kejuaraan liga adalah menerusi kempen 2018-19 malah terkandas di peringkat kumpulan Liga Juara-Juara (UCL) musim ini, ini bermakna penantian tujuh tahun mereka untuk menggondol gelaran kelab Eropah terbaik itu buat kali keenam sudah tertutup.

Begitupun, Barca menikmati kebangkitan domestik di bawah Xavi yang kembali sebagai pengurus selepas melakar karier gemilang bersama kelab itu.

Xavi merupakan pengendali kelapan Barca sejak Pep Guardiola mengundurkan pada 2012 dan pasukannya sedang menguasai puncak menuju rehat Piala Dunia.

"Objektif utama kami adalah LaLiga," kata Laporta kepada pemberita.




"Ia Jelas dan merupakan sasaran yang rendah.

“Memandangkan Xavi mengemudi bilik persalinan, sasaran kami adalah jelas.

"Kami mahu memenangi LaLiga untuk menunjukkan bahawa proses pemulihan kelab ini berada di landasan yang betul."

Barca akan menyambung kempen liga dengan menentang musuh setempat, Espanyol, pada hujung minggu depan.