BARCA 1 ATLETICO 0

Pengurus Barcelona, Xavi, menggariskan betapa pentingnya kemenangan Barcelona ke atas Atletico Madrid tatkala pendahulu LaLiga itu kembali ke landasan kemenangan, tengah malam tadi.


Ferran Torres menjaringkan gol tunggal pertemuan di Camp Nou itu bagi menamatkan kemarau jaringan termasuk ketika berturut-turut terikat tanpa jaringan dalam kancah berkenaan.

Kemenangan itu juga melebarkan pendahuluan Barca di puncak LaLiga kepada 11 mata untuk mengatasi pencabar terdekat, Real Madrid.

Dengan baki lagi lapan perlawanan untuk Barca menghampiri kejuaraan domestik itu, Xavi menjelaskan bahawa masih ada kerja yang perlu dilakukan.

"Tiada apa-apa yang dicapai walaupun ia mengujakan,"
katanya.


“Di sini, tiada siapa yang berasa seperti juara dan seandainya seseorang berkelakuan seperti, maka kami akan mengingatkan mereka bahawa belum ada apa-apa yang telah diraih.

"Sekiranya kami tewas, mereka lapan (mata di belakang); ia adalah penting.

"Dalam soal prestasi, kami beraksi dengan cukup baik. Ia penting untuk menang selepas dua kali mencatat seri dan ia satu merupakan selangkah ke depan lagi."