Sehari menjelang sepak mula Liga Malaysia 2021, Kuala Lumpur United FC dilaporkan telah menukar nama dan logo rasmi pasukan mereka.

Dalam kiriman terkini laman Facebook rasmi Liga Bolasepak Malaysia (MFL), badan pengelola itu mengesahkan bahawa skuad Warga Kota itu kini akan dikenali sebagai Kuala Lumpur City FC sambil memaparkan satu logo yang dijangka akan menjadi lambang baru pasukan itu.



"Liga Bolasepak Malaysia meluluskan pindaan nama dan logo pasukan Liga Super 2021, Kuala Lumpur United FC, kepada Kuala Lumpur City FC," kata MFL.

Saingan Liga Malaysia 2021 akan membuka tirai dengan perebutan Piala Sultan Ahmad Shah di antara Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim malam esok.

Kuala Lumpur pula akan berdepan juara Liga Perdana musim lalu, Penang FC, Sabtu ini.

Malaysian Football League meluluskan pindaan nama dan logo pasukan Liga Super 2021, Kuala Lumpur United FC kepada Kuala Lumpur City FC. #LigaSuper2021

Posted by Malaysian Football League on Thursday, 4 March 2021