Kuala Lumpur City menamatkan rentetan kemenangan kemenangan Negeri Sembilan FC dalam saingan Liga Super di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur susulan kemenangna 1-0 sebentar tadi.

Kemenangan skuad kendalian Bojan Hodak ke atas Negeri Sembilan dalam sendiri itu menyaksikan rekod tanpa kalah skuad Hobin Jang Hobin di gelanggang lawan sepanjang Liga Super lebur bagi musim ini.

Jaringan KL City terhasil sehingga masa kecederaan separuh masa pertama hasil jaringan Paulo Josue yang menanduk masuk bola sepakan sudut Zhafri Yahya.

Negeri Sembilan cuba bangkit memburu gol penyamaan pada separuh masa kedua, namun beberapa percubaan mereka tidak berjaya disudahkan dengan jaringan termasuk rembatan Matheus Alves pada minit ke-72.

Negeri Sembilan terus buntu mendapatkan jaringan, berdepan corak permainan yang sukar untuk ditangani dipamerkan skuad warga kota.

Walaupun menamatkan perlawanan tanpa sebarang mata, Negeri Sembilan kekal di kedudukan ketiga dengan mengumpul 32 mata selepas mengharungi 17 perlawanan.

Sementara KL City pula di tangga keenam dengan mengumpul 21 mata dan skuad Bojan Hodak masih berbaki tujuh perlawanan.

Sementara itu, Sri Pahang FC terus melakar kemenangan selepas mengatasi Penang FC 3-2 di Stadium Bandaraya, sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Sri Pahang belum tewas dalam lima aksi berturut-turut pada saingan Liga Super, manakala Penang mencatat kekalahan buat kali ke-11 daripada 16 aksi.