Bekas pemain PJ City FC, R. Kogileswaran, berkelana ke luar negara apabila sah menjadi kelab Liga Korea Selatan, Chungbuk Cheongju FC, hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Media, Komunikasi dan Perhubungan Awam Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Christopher Raj, mengesahkan perkara itu menerusi laman Instagram rasminya.

Kogileswaran telah mengikat kontrak selama setahun bersama kelab yang bermain di liga divisyen dua (K2) negara itu.

Dia yang pernah menyarung jersi skuad kebangsaan sebelum ini turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Singapura, Tampines Rovers namun memilih Liga Korea sebagai destinasi utamanya.

Pemain berusia 24 tahun itu sekali gus menjadi pemain kedua dari rantau Asia Tenggara dalam saingan K2 di mana sebelum ini ketua pasukan skuad kebangsaan Indonesia, Asnawi Mangkualam, beraksi bersama Ansan Greeners FC.