Ketua jurulatih Barcelona, Ronald Koeman tidak menyesali keputusannya untuk bertugas di Camp Nou.

Koeman meninggalkan peranannya sebagai ketua jurulatih Belanda untuk kembali ke Barca -- di mana dia memahat nama sebagai legenda kelab ketika bergelar pemain -- sebagai jurulatih pada 2020, berikutan pemecatan Quique Setien.

Sepanjang pengendali kelahiran Belanda itu di pucuk pimpinan segalanya tidak berjalan lancar, dengan masalah kewangan dihadapi Barca menjadikan tugasnya bertambah rumit.

Presiden, Joan Laporta, berkata tidak pasti akan mengekalkan Koeman ketika dia mengambil alih tugas awal tahun 2021, manakala skuad Barca terjejas berikutan penghijrahan Lionel Messi Ogos lalu, manakala Antoine Griezmann turut meninggalkan pasukan sebelum tamat jendela perpindahan.

Koeman kini memiliki khidmat Memphis Depay, selepas mereka telah bekerjasama bersama skuad Belanda, dan bekas penyerang Lyon itu membuat permulaan yang baik dalam saingan LaLiga.

Selepas Barca menamatkan saingan di tempat ketiga musim lalu, Laporta telah memulakan pencarian bagi mencari pengganti Koeman, sebelum memilih untuk kekal dengan pengendali berusia 58 tahun itu.

Koeman, yang bercakap kepada NOS beberapa komen presidennya sebelum ini 'kurang bijak' dan mendakwa dia 'masa depan Barcelona', menyatakan sebelum kekalahan Liga Juara-Juara (UCL) Rabu lalu kepada Bayern Munich bahawa tidak ada masalah antara dirinya dan Laporta.

Menjelang pertemuan dengan Granada esok, Koeman berkata, di sebalik kesukaran yang dihadapi, dia tidak menyesal mengambil alih tugas tesebut malah tidak bimbang mengenai masa depannya.

"Saya tidak menyesal datang. Ini adalah situasi yang rumit bagi saya, kelab dan peminat," kata Koeman dalam sidang akhbar.

"Kami serba kekurangan. Kami semua mahukan yang terbaik untuk kelab. Saya mengetahuinya dan tetap mahu ke kelab ini. Tetapi saya tidak menjangkakan keadaan ini, dengan masalah ekonomi, tetapi saya berjuang dan saya mahu berada di sini dan saya mahu menang.

"Saya tidak tahu apa-apa [mengenai masa depan saya]. Saya hanya memikirkan perlawanan dan pasukan. Selebihnya bukan di tangan saya.

"Saya tenang dan yakin dapat memenangi perlawanan. Kami harus pulih untuk memiliki lebih banyak pemain yang ada, tetapi saya tahu bahawa kami harus menang, hanya keputusan yang penting.

"Saya tidak takut untuk masa depan saya. Kelab akan memutuskannya."